Sunday, November 05, 2017

RESEPI SAYUR PUCUK LABU

Labu merupakan tumbuhan herba memanjat dan buahnya berbentuk bulat berwarna jingga. Labu juga merupakan makanan yang digemari oleh nabi Muhammad S.a.w.

BAHAN-BAHANNYA:
1 ikat pucuk labu - disiang
1 ekor ikan kembung rebus- ditumbuk
1 biji ubi keledek- dikikis dan dipotong
3 cawan pati santan
2 cawan santan cair
1 biji cili hidup - dipotong kecil
6 ulas bawang merah- dimayang nipis-nipis
Garam secukupnya

CARA MASAK
Masukkan santan cair, ubi keledek, Pucuk labu masak hingga ubi keledek lembut.

Masukkan santan pekat, garam, ikan dan bawang merah.

Masukkan cili, kacau dan biarkan mendidih. Boleh dihidangkan.



No comments:

Post a Comment