Monday, November 06, 2017

RESEPI SOTONG GORENG TELUR MASIN

Saya adalah penggemar masakan berasaskan sotong. Salah satu resepi wajib saya akan masak adalah Sotong Goreng Telur Masin..Ia bukan sahaj sedap tetap boleh makan begitu sahaja tanpa nasi. Selamat mencuba
BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong besar - potong bulat
7 biji cili padi -  dihiris
4 ulas bawang putih -  dihiris
2 tangkai daun kari
Sedikit  susu sejat
3 biji telur masin -  direbus dan ambil kuningnya saja
2 sudu besar mentega
Sedikit tepung serbaguna
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK
1. Sadur kesemua sotong tadi dengan tepung dan goreng garing. Ketepikan.

2. Cairkan mentega dalam kuali lain ye . Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga garing.

3. Masukkan susu sejatsehingga ia berbuih dan selepas tu boleh lah  masukkan telur masin hancur.

4. Apabila kuah memekat, masukkan sotong dan kacau sehingga kering. Siap untuk dinimati dan selamat mencuba

No comments:

Post a Comment