Sunday, November 05, 2017

RESEPI SAMBAL.MANGGA

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
 

Bahan-bahan
o  4 ekor ikan selayang/ikan sardin
o  3 biji mangga muda
o  5 biji cili padi
o  Garam secukup rasa.

Cara Penyediaan

Rebus ikan dengan air sedikit sahaja.

Setelah ikan masak, ambil isi ikan sahaja. Ketepikan.

Mangga muda tadi dicincang nipis.

Tumbuk hingga lumat cili padi dengan menggunakan lesung.
Kemudian masukkan garam dan mangga yang telah dicincang tadi. Tumbuk lagi.

Kemudian masukkan isi ikan. Tumbuk kasar-kasar. Gaulkan sehingga semua sebati.

Sedia untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment