Monday, November 06, 2017

RESEPI MASAK LEMAK REBUNG DENGAN UDANG

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
BAHAN-BAHAN:
500g rebung
300g udang basah
5ulas bawang merah
3ulas bawang putih
segenggam cili padi
1" kunyit hidup
1/2" halia
sebatang serai dititik
santan
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN
1. bersihkan rebung kemudian rebus sekejap. angkat dan toskan terlebih dahulu kemudian ketepikan
perah santan ambil patinya

2. tumbuk bawang merah+bawang putih+halia+kunyit+cili padi hingga lumat. masukkan ke dalam pati santan tadi

3. masak dengan api sederhana dan kacau selalu supaya santan tidak pecah. apabila sudah mendidih masukkan rebung dan udang kemudian kacau lagi

4. sesuaikan rasa masinnya. angkat dan bolehlah dihidang


No comments:

Post a Comment