Sunday, November 05, 2017

RESIPI AYAM MASAK KICAP

Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.
Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.

RESIPI AYAM MASAK KICAP
 
https://cikmatahariku.blogspot.my
BAHAN BAHAN
o   6-7 ketul ayam
o   Kicap lemak manis
o   1/2 biji bawang besar Holland
o   1 tangkai cili merah/cili padi
o   Beberapa helai daun kari

BAHAN KISAR

o   3 ulas bawang merah
o   2 ulas bawang putih

PROSES MASAK
Goreng ayam yang telah dilurkan .Toskan

Panaskan minyak menggoreng ayam dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.

Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau rata.

Masukkan pula kicap lemak manis secukupnya.


Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Sesuaikan rasa. 

No comments:

Post a Comment