Tuesday, November 07, 2017

RESEPI SOTONG MASAK KUNYIT/ KUNING

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG MASAK KUNYIT/ KUNING
BAHAN-BAHAN
o   Sotong 500 gram -buang dakwat and potong 3 bahagian
o   Bawang Besar 1 Biji -Hiris Nipis
o   Bawang Putih 3 ulas - Hiris Nipis
o   Halia 1 inchi
o   Cili padi 2 biji - if nk pedas
o   Kunyit serbuk
o   Sos tiram
o   Sos ikan / sotong kalau ada
o   Garam
o   Gula secubit
o   Air sedikit
o  Minyak

CARA-CARANYA:
1. Bersihkan sotong Dan buangkan dakwat sotong. Kemudian potong sotong 3- 14  bahagian ikut saiz sotong

2. Lumurkan sotong dengan garam dan kunyit

3. Panaskan kuali dan tumiskan bawang besar,bawang Putih ,halia,cili padi seketika

4.Masukkan sos tiram 2 sudu besar,sos ikan.Kacau seketika Dan masukkan gula sedikit. Masukkan air sedikit sahaja

5. Masukkan sotong tadi Dan kacau seketika.Tak perlu lama pun kacau  sehingga sotong kembang sikit. Tutup api Dan bolehlah dihidangkan 

No comments:

Post a Comment