Monday, November 06, 2017

RESEPI DAGING MASAK LEMAK CILI API

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
BAHAN-BAHAN:
300-400gm daging lembu
6 ulas bawang merah (di kisar)*
3 ulas bawang putih (di kisar)*
10 biji cili padi (di kisar)
2 inci Halia (di kisar)*
Sehelai daun kunyit*
2 batang serai (di titik)*
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu kecil garam
2 cawan santan
2 biji kentang (di potong empat setiap biji)
5 sudu besar minyak masak
Bahan Perasa & Air secukupnya

CARA MENYEDIAKAN


1.   Ambil daging, di cuci dan di rebus bersama sedikit garam tanpa potong terlebih dahulu. Rebus hingga masak atau sedikit empuk.


2.  Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan yang bertanda * sehingga wangi serta naik minyak atau kekuningan. Setelah kekuningan, masukkan air sedikit dan biarkan mendidih.


3.   Setelah daging tadi masak, tapiskan dan setelah daging tersebut sejuk potong daging nipis-nipis. Masukkani hirisan daging, garam, serbuk perasa dan juga serbuk kunyit ke dalam bahan tumisan dan gaul rata. Jika terlalu kering, masukkan air dan masak selama 15-20 minit.


4.   Setelah daging empuk, masukkan potongan kentang dan masak hingga lembut. Kemudian masukkan santan, kacau rata dan biarkan selama 10 minit atau hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidang.

No comments:

Post a Comment