Ketupat
sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat
dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak
bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah
santan. Pulut beras merah juga digunakan bagi membuat ketupat sotong.
BAHAN-BAHAN
- 1-2 kg sotong sederhana besar - Lagi bagus kalau sotong yang sedang bertelur..
- 1 cawan beras pulut
- 4 keping nise Sedikit gula (jika suka)- letak gula melaka
- Sedikit garam
- 2 1/2 cawan santan pekat.
- Daun pandan
- Lidi/pencungkil gigi yang tajam hujungnya.
CARA-CARANYA:
- Bersihkan sotong, keluarkan tulang belakangnya. Cabut kepala sotong dan buang giginya. toskan.
- Basuh beras pulut. Rendamkan dengan 1/2 cawan santan tadi bersama-sama sedikit garam. Biarkan sebentar.
- Ambil sotong, isikan dengan beras pulut yang direndam tadi (kalau boleh bersama-sama dengan santannya sekali). Isi 3/4 penuh yer...kalau penuh sangat ketupat akan jadi keras@ pulut separuh masak dan kurang sedap dimakan.
- Tutup badan sotong dengan kepalanya dimasukkan balik ke dalam badan. Cucuk kepalanya dengan 2 batang lidi secara bersilang dengan kemas supaya ketupat tidak terburai semasa merebus nanti.
- Susun daun pandan didalam periuk sebagai alas. Susun semua sotong dalam periuk dan masukkan santan yang 2 cawan tadi. (boleh tambah santan jika suka - letak santan hingga tenggelam sotong)
- Tutup periuk dan rebus sotong. Bila sotong hampir masak atau santan dah semakin kurang, masukkan gula nise atau gula melaka yang telah dipotong kecil dan gula.
- Masak sehingga nise cair dan kuah jadi pekat. Dah siap.
No comments:
Post a Comment