Sunday, November 05, 2017

RESEPI SUP TELUR



Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.

Secara tradisinya, sup dikelaskan kepada dua kumpulan utama: sup jernih atau cair dan sup pekat. Klasifikasi Perancis bagi sup cair adalah kaldu dan consommé. Sup pekat dikelaskan bergantung kepada jenis ejen penebalan digunakan: puri adalah sup sayur dipekatkan dengan kanji; bisk diperbuat daripada puri kerang atau sayur-sayuran dipekatkan dengan krim; sup krim dipekatkan dengan sos béchamel; dan veloutés dipekatkan dengan telur, mentega, dan krim. Bahan-bahan lain yang biasa digunakan untuk memekatkan sup dan kaldu termasuk telur, nasi, lentil, tepung dan gandum; banyak sup popular juga menggunakan lobak merah dan kentang.


 SUP TELUR
http://www.secubitgaramnor67.com
Bahan-bahan:
o  4 biji telur (dipukul hancur)
o  1 tangkai daun bawang (dipotong kasar)
o  2 biji bawah merah - dihiris
o  1 ulas bawang putih - dihiris
o  1 cawan air
o  3 1/2 sudu besar minyak
o  1/2 sudu kecil serbuk lada putih
o  1/4 sudu kecil serbuk perasa
o  Garam secukup rasa

Cara menyediakannya;

ü Panaskan minyak di dalam periuk dan  goreng telur

ü Kacau seketika dan masukkan bahan-bahan selebihnya iaitu daun bawang, bawang putih dan bawang merah, air, garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih.

ü Kacau rata dan biarkan hingga mendidih

ü Sup telur siap untuk dihidang bersama nasi putih.

ü Selamat mencuba.


Rujukan :http://www.aynorablogs.com/

No comments:

Post a Comment