Tuesday, November 07, 2017

SOTONG MASAK KACANG PANJANG KUNYIT

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN-BAHAN
o   300gm sotong segar
o   secekak kacang panjang (dipotong)
o   serbuk kunyit
o   garam secukupnya
o   bawang besar (dipotong bulat)
o   2 biji cili merah (dipotong)
o   sebiji tomato (dibelah empat)
o   sedikit perasa jika suka
o   sedikit minyak masak

CARA-CARANYA:
1. Sotong dibersihkan dan digaul dengan garam dan kunyit secukupnya. Perapkan seketika.

2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Masukkan sotong yang digaul dengan garam

3. kunyit, goreng sekejap sehingga berminyak. Masukkan kacang panjang, buah tomato, bawang besar serta cili merah. Biarkan seketika.

4. Akhir sekali masukkan garam serta perasa. Sedia untuk diangkat.



No comments:

Post a Comment