Kam Heong (Cina : 金香) asalnya adalah masakan dari negara china- harfiah "wangian
emas" dalam bahasa Melayu, Kam Heong adalah kaedah memasak yang
dibangunkan di Malaysia, dan adalah satu contoh yang baik bagi gaya masakan
sebuah negara berbudaya majmuk. Keamatan aromatik dengan cili burung, daun
kari, udang kering hancur, serbuk kari, sos tiram dan pelbagai perisa lain
menghasilkan sos tumis serbaguna yang sesuai dengan ayam, kerang, ketam, udang
dan sotong.
AYAM MASAK
KAM HEONG
BAHAN BAHAN
o 500 gm ayam
o 4 tangkai cili padi - diketuk
o 2 tangkai cili merah - dihiris
o 2 labu bawang besar - dicincang
o 4 ulas bawang putih - dicincang
o 2 sudu makan rempah kari
o 2 sudu makan cili sos cili
o 2 sudu makan sos tomato
o 2 sudu makan kicap
o 2 sudu makan sos tiram
o 5 helai daun kari
o Garam dan gula secukup rasa
CARA MASAK
Gaulkan ayam
bersama sedikit tepung jagung dan sedikit garam dan kemudian goreng hingga
masak. Ketepikan.
Panaskan
minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
Kemudian
masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan
juga sos tiram. Kacau rata dan biarkan hingga kuah menjadi pekat. Tambahkan air
jika perlu.
Setelah itu,
masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.
Masukkan
garam, gula.
Siap untuk
dihidang.
No comments:
Post a Comment