Monday, November 06, 2017

RESEPI IKAN BAWAL MASAK KICAP

KICAP
Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu. Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.

IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK KICAP
 
sekadar Hiasan
BAHAN-BAHAN :
o   2 ekor ikan bawal emas - dibersihkan
o   Sedikit daun ketumbar
o   1 biji bawang besar - hiris bulat
o   4 biji bawang merah - hiris
o   4 ulas bawang putih - dicincang
o   1 in halia - hiris
o   2 biji cili merah - hiris
o   1 sudu besar cili kisar
o   1 sudu makan sos tiram
o   2 sudu makan sos cili
o   Kicap manis secukupnya
o   1 cawan air
o   Garam secukupnya

CARA-CARA :
Ikan dibersihkan dan dilumur bersama kunyit dan garam kemudian digoreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang, halia dan cili merah hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan semua sos. kacau rata.
Tuangkan kicap secukupnya dan air. Kacau hingga rata dan perasakan garam secukupnya.
Masukkan ikan dan bawang besar dan gaul. Taburkan daun ketumbar.

Siap untuk dimakan bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment