Sunday, November 05, 2017

RESEPI IKAN TALANG MASAK KARI

RESEPI IKAN TALANG MASAK KARI

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.
 
http://www.aynorablogs.com

Bahan Bahan

o 1/2 ekor ikan masin Talang | rendam seketika untuk menghilangkan masin
o  250ml santan pekat
o  1 peket serbuk kari ikan
o  4 biji ubi kentang -  dibelah empat
o  1 biji lobak merah - dibelah
o  Sedikit air

Bahan ditumis
o  6 biji bawang kecil
o  4 ulas bawang putih
o  1 tangkai daun kari
o  Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

Rebus ubi kentang bersama serbuk rempah kari sehingga garing dan empuk.

Kemudian masukkan ikan bersama lobak merah dan kacau rata. Biarkan masak seketika.

Tuangkan santan dan biarkan mendidih seketika.

Masukkan bahan tumisan yang telah digoreng ke dalam kuah dan gaulkan sehingga sebati.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Sumber: rasa.karangkraf.com

No comments:

Post a Comment