Tuesday, November 07, 2017

RESEPI SAYUR CAMPUR RENCAH SOTONG

Kacang buncis merupakan sejenis sayur kekacang yang berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protein. Ia dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga dengannya.
BAHAN-BAHAN
o   Bunga kobis secukupnya
o   300 gm buncis
o   1 batang carrot
o   3 ekor sotong yang besar
o   2 biji bawang kecil
o   3 ulas bawang putih
o   2 sudu sos tiram
o  Garam secukup rasa

CARA-CARANYA:
1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur buncis , bunga kobis dan lobak merah.

2. Bersihkan sotong dan potong nipis-nipis.


3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang biar sampai layu.


4.  Masukkan sotong , sos tiram dan lobak merah , kacau sampai sotong separuh masak dan masukkan kacang buncis , bunga kobis dan garam .


5. Terus kacau supaya semua bahan mesra dan tutup api bila sayur buncis masak. Siap untuk hidangan

No comments:

Post a Comment