Tuesday, November 07, 2017

RESEPI SOTONG KETUK SERAI

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN-BAHAN
o   1kg sotong segar (cabut kepala, buang tulang dan giginya)
o   5 biji bawang merah
o   3 biji bawang putih
o   2 keping asam gelugur
o   2-3 batang serai
o   Air secukupnya untuk kuah
o   Garam secukup rasa dan sedikit gula melaka
o  Beberapa biji lada hidup atau cili padi - jika mahu pedas

CARA-CARANYA:
1. Sotong dibersihkan dan tos.

2.Bawang merah dan bawang putih dimayang halus, serai diketuk.

3.Didihkan air, campur bawang, serai dan asam keping. Masukkan sotong, garam dan sedikit gula melaka.

4.Masaklah seperti biasa hingga sotong masak tapi jangan terlalu lama, kerana sotong akan liat.

5. Akhir sekali, masukkan lada hidup dan cili padi. Sesuaikan rasa dan angkat. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment