TEMPOYAK
Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi
durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan
disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses
penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya
dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan
patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan
Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak
sangat terkenal.
IKAN PARI
Ikan Pari atau nama saintifiknya Dasyatidae
adalah sejenis keluarga ikan yang terdapat di seluruh dunia. Ikan Pari adalah
bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan
pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali
menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali. merasa
terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang
mengancam pemangsa.
RESEPI IKAN PARI MASAK SAMBAL TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN :
o
7 ketul ikan pari*
o
Sedikit serbuk kunyit*
o
Sedikit garam* semua bahan disatukan
o
1 biji bawang besar - dicincang
o
2 ulas bawang putih - dicincang
o
5 biji cili merah*
o
5 biji ciliapi*
o
Sedikit belacan* - dikisar
o
2 sudu besar tempoyak
o
1 helai daun limau purut - dihiris
o
Garam dan gula secukupnya
o
Limau nipis- ambil jus
CARA-CARA :
o
Ikan yang diperap bersama serbuk kunyit dan garam digoreng hingga
masak.
o
Angkat dan toskan.
o
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
o
Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
o
Masukkan tempoyak dan kacau.
o
Perasakan garam dan gula secukupnya.
o
Masukkan ikan dan daun limau. Kacau rata.
o
Perahkan sedikit limau diatas sambal.
o
Sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment