Saturday, December 09, 2017

CENDAWAN KUKUR GORENG CILI PADI

CENDAWAN KUKUR
Cendawan Kukur (Schizophyllum commune) atau juga dikenali sebagai Jamur Gerigit (Jawa Muar), Cendawan Tapak Tiung (Negeri Sembilan), Kulat Sisir, atau Kulat Sisik adalah sejenis cendawan yang pada batang kayu semasa proses pereputan. Ia tergolong dari keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan Schizophylaceae mempunyai banyak spesis.

Ia merupakan sejenis cendawan yang boleh di makan dan banyak di jual di pasar tani.[Di Malaysia cendawan kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular di kutip untuk dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat.

Cendawan Kukur tumbuh menyerupai ombak batu karang yang rapat. Ingsangnya berbeza dari warna kuning berkrim hingga warna putih pucat. Bahagian atasnya kecil, lebar 1-4.5 cm dengan tekstur badan yang tebal namun lembut seperti span. Cendawan Kukur ini boleh ditemui di Myanmar, Thailand, Malaysia, Indonesia, Madagascar, Nigeria dan Timur Laut India.

Ia ditemui di hutan liar pada pokok-pokok reput selepas musim hujan diikuti dengan suhu kering di mana cendawan tumbuh secara semulajadi. Ia dikenali dengan nilai perubatan yang tinggi dan rasa rasa aromatik. Ia baru-baru ini menarik perhatian industri perubatan bagi aktiviti imunomodulator, antikulat, antineoplastik dan antiviral yang lebih tinggi daripada sebatian karbohidrat glucan yang lain.

CENDAWAN KUKUR GORENG CILI PADI

BAHAN BAHAN
3 cawan cendawan kukur yang dikeringkan atau sebungkus seperti yang saya beli.
1 -2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN DITUMBUK
4 - 5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
25 biji cili padi 
1 cm kunyit hidup 
100gm ikan bilis

PROSES PENYEDIAAN
Cendawan kukur dibersihkan, kerat jika ada bahagian yang keras pada umbinya. Rendam cendawan dalam air, dengan menggunakan tangan sauk cendawan yang timbul supaya habuk jatuh ke bawah. Sebaiknya buat 2 atau 3 kali, jirus air dan toskan. Tumbuk cendawan separuh lumat dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumbuk serta serai hingga wangi. masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.

Masukkan cendawan dan goreng atau kacau hingga agak kering. Biarkan secukup rasa dan jangan lupa matikan api, maka dah boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment