Monday, December 04, 2017

RESEPI HATI LEMBU GORENG KUNYIT

Goreng ialah satu proses memasak dengan menggunakan minyak, lemak(mentega), garam atau pasir. Umumnya di Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit untuk menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan hendaklah dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul dan sedap. Menggoreng dengan minyak yang sedikit dikatakan digoreng secara tohor.

Goreng penuh ialah menggoreng dengan minyak yang banyak.Goreng celup tepung ialah makanan yang disaluti tepung sebelum digoreng contohnya ikan goreng celup, sotong goreng celup, pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng, cempedak goreng dan ayam goreng. Di China dan India, buah berangan atau kacang tanah digoreng dengan pasir panas atau garam panas.

RESEPI HATI LEMBU GORENG KUNYIT
BAHAN BAHAN
500 gm hati lembu - potong kecil
1 sk serbuk kunyit
1 biji bawang besar - hiris
5 batang lada merah - hiris
1 sk serbuk cukup rasa (saya tambah)
garam cukup rasa
minyak masak
5 batang kacang panjang - dipatah-patahkan

PROSES MASAK
Gaul hati lembu dengan garam, serbuk cukup rasa dan serbuk kunyit. Masak hati lembu dalam kuali hingga airnya kering

Bila air dari hati lembu tadi telah kering, masukkan sedikit minyak dalam kuali dan gorenglah hati lembu tadi.

Masukkan kacang panjang dan kacau sebati. Bila kacang panjang hampir layu masukkan pula hirisan bawang dan lada merah, kacau sebati.

Biar hingga hirisan bawang dan lada merah agak layu barulah ditutup apinya. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment