Tuesday, December 05, 2017

RESEPI PARI LEMAK CILI API

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

RESEPI PARI LEMAK CILI API
BAHAN BAHAN
500 gm potongan ikan pari
15 biji cili api hijau ( boleh tambah jika nak pedas)
7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
5 batang serai dititik
1 cawan santan pekat
air asam jawa
garam

PROSES PENYEDIAAN
Cuci ikan pari bersama perahan limau kasturi. Bilas dan ketepikan

Kisar cili api, belacan, bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit hidup sederhana halus.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama serai yang dititik hingga pecah minyak dan naik bau.

Masukkan ikan pari dan gaul sebati. Tambahkan sedikit air, bila mendidih tambahkan air asam jawa dan air lagi hingga paras ikan atau lebih.

Bila sudah menggelegak masukkan pati santan dan kacau sebati. Tambahkan garam secukup rasa dan padamkan api bila kuah telah mendidih.

No comments:

Post a Comment