Friday, December 08, 2017

UDANG MASAK SAMBAL BUNGA PEDAS

UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport

UDANG MASAK SAMBAL BUNGA PEDAS
BAHAN BAHAN
500gm udang laut buka kulit.
1 inci halia dihiris halus
2 helai daun kunyit hiris halus
5 batang serai dihiris halus

BAHAN KISAR
20 biji chili padi
2 biji cili merah besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan..

PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau dan keemasan selepas tu masukkan serai dan halia dan  kemudian masukkan udang..



No comments:

Post a Comment