Tuesday, December 05, 2017

RESEPI AYAM SOS PEDAS

Sos tomato adalah sos yang dibuat dari buah tomato yang sudah masak bersama gula, garam, cuka dan rempah seperti cengkih dan kayu manis. Bawang bombay, seleri dan sayuran lain juga sering ditambahkan ke dalam sos tomato. H. J. Heinz Company, Hunt's, Del Monte Foods, dan Brooks Ketchup merupakan nama pengedar sos tomato yang terbesar di Amerika Syarikat.

Sos tomato digunakan untuk kentang goreng, sandwic, dan lain-lain masakan ayam dan daging yang dipanggang atau digoreng. Campuran sos tomato dan mayones merupakan bahan utama sos salad yang disebut Thousand Island.

RESEPI AYAM SOS PEDAS
BAHAN BAHAN
3 keping paha ayam dipotong kecil
9 biji cili api dihiris
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
sedikit lada putih ditumbuk kasar
sos tomato
sos cili
sos tiram

PROSES PENYEDIAAN
Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan goreng masak tetapi jangan garing.

Tumiskan bawang putih, lada putih dan cili api hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebati. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.


Bila ayam dan bahan-bahan lain sudah mesra, tutup api dan sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment