SOTONG
Terung atau brinjal ialah
tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Ia berasal
dari India dan Sri Lanka, dan amat berkait dengan tomato dan ubi kentang.
Terung biasanya digunakan sebagai sayur untuk masakan. Nama botaninya Solanum
melongena.
Pokok terung ialah pokok saka
yang seringnya ditanam sebagai pokok setahun. Ia bertumbuh sehingga 40 - 150 cm
(16 - 57 inci) tingginya. Daunnya besar, dengan lobus yang kasar. Ukurannya 10
-20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 - 10 cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis
separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan
daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya.
Batang pokok seringnya berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan
korola yang memiliki lima lobus. Stamennya berwarna kuning. Buah tepung berisi,
dengan diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar, dan lebih besar
lagi untuk jenis yang ditanam.
Dari segi botani, terung yang
dikelaskan sebagai buah beri mengandungi banyak biji yang kecil dan lembut.
Biji itu boleh dimakan tetapi rasanya pahit kerana ia mengandungi alkaloid
nikotina. Ini tidaklah hairan kerana terung ialah saudara rapat tembakau.
SAYUR TERUNG MASAK TUMIS
BAHAN BAHAN
4 biji terung panjang dibelah dua dan dipotong serong
garam
BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili api merah
segenggam ikan bilis
sedikit belacan
PROSES PENYELARASAN
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dan masukkan terung dan
sedikit air.kacau hingga terung lembut.
Masukkan garam secukup rasa.gula kalau suka.tutup api dan sedia
untuk dihidang
No comments:
Post a Comment