GULAI
Gulai ialah masakan bersantan yang
mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api,
kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar
Negeri Sembilan.
Gulai berasal daripada Sumatera,
Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan
Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau.
Kini terdapat beberapa variasi
masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh
di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut
menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh
daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing
yang tidak tahan pedas..
RESEPI GULAI DAGING KAMBING
BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing
1 paket rempah gulai bunga ros
1/2 paket rempah masak bunga ros
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar gula merah
1 paket kecil kerisik
1 cawan bawang goreng
1 2 sudu besar susu manis
1 tin kecil tomato puri
3 ketul ubi kentang - potong 4
2 sudu besar kicap manis
air secukupnya
BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 in halia
1/2 in lengkuas
BAHAN TUMIS
2 INCI kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan simpul
Minyak
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Tumis bahan tumis
hingga wangi. Masukkan bahan kisar,tumis sehingga naik bau dan garing.Masukkan
cili giling, tumis sekejap lagi.
Masukkan gula merah. Masukkan pes
rempah, tumis hingga pecah minyak.Masukkan tomato puri kacau sekejap
Masukkan daging, gaul sebati.renehkan
biarkan sebentar untuk kecutkan daging dan rempah mesra ke dalam daging.
Tambah air hingga paras daging (gulai
ni takleh pekat sgt),masukkan bawang goreng (ramas/hancurkan),kerisik dan susu
manis
Masak sehingga daging hampir
empuk.Masukkan kentang,biarkan hingga kentang empuk.Masukkan garam,
gula/perasa. Sesuaikan rasa
Akhir sekali masukkan sedikit kicap
manis, sos tiram (jika suka) renehkan hingga kuah agak pekat
No comments:
Post a Comment