Sunday, December 03, 2017

RESEPI KUAY TEOW UDANG GORENG

MI/MEE
Mi atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina "" kerana makanan ini juga berasal dari China.

RESEPI KUAY TEOW UDANG GORENG

BAHAN BAHAN
1 bungkus kuay teow - bilas dgn air panas utk buang minyak
10-15 ekor udang
2 biji bawang putih - diketuk
2 biji bawang kecil - dihiris nipis
1 biji telur
2 pokok sawi / secekak daun kucai
1 cawan taugeh
2 s/b cili kisar
2 s/b cili sos
2 s/b sos tiram
1 s/b sos tomato
3 s/b kicap pekat
Sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang kecil. Masukkan cili kisar dan masak smpai cili sedikit garing.

Masukkan sos cili, tiram dan tomato. Kacau lagi. Masukkan garam, kicap, udang dan telur.


Akhir sekali masukkan kuay teow, sawi dan taugeh. Kacau rata. Sedia utk dihidang

No comments:

Post a Comment