Monday, December 04, 2017

RESEPI HATI AYAM MASAK KICAP

Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.

RESEPI HATI AYAM MASAK KICAP
BAHAN BAHAN
500 gram hati ayam
sedikit serbuk kunyit
secubit garam halus
1o biji cili api merah - biarkan sebiji-sebiji
5 biji lada hijau dihiris
1 biji bawang besar dihiris
sedikit air asam jawa
kicap masin secukupnya
gula secukup rasa
minyak masak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Lumurkan hati ayam dengan perahan limau kasturi. Biarkan seketika dan dicuci bersih.

Toskan hati ayam tadi dan gaulkan dengan garam halus dan serbuk kunyit secara merata. Panaskan sedikit minyak masak dan masukkan hati ayam tadi. Kacau sebati, tutup kuali.

Bila air dari hati ayam tadi hampir kering, tambahkan sedikit air asam jawa. Diikuti dengan kicap masin dan gula secukup rasa.
Masukkan pula hirisan bawang besar, hirisan lada hijau dan cili api merah sebiji-sebiji. Kacau sebati. Tutup kuali semula.

Kecilkan sedikit api, biarkan hingga mendidih sambil dikacau sekali sekala. bolehlah dihidangkan..

No comments:

Post a Comment