Monday, December 04, 2017

RESEPI UDANG TELUR MASIN

Telur masin merujuk kepada telur yang diawet dengan menggunakan garam bagi mengekalkan ketahanannya. Jenis telur masin yang paling popular adalah telur itik. Ini adalah kerana kuningnya yang lebih besar, tetapi telur ayam turut boleh dijadikan telur masin.

Telur masin pernah merupakan hasil perdagangan penting orang-orang China yang mengembara ke luar negeri sebagai bahan bekal dan bahan perdagangan. Telur-telur ini disimpan di dalam tempayan yang kemudiannya turut dijual selepas telur di dalamnya habis digunakan.

RESEPI UDANG TELUR MASIN
PROSES PENYEDIAAN
Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan. Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.

Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)

Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.

Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.

Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur masin) 7. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi.

Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment