Monday, December 04, 2017

RESEPI SOTONG BERKUAH TELUR

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG BERKUAH TELUR
BAHAN BAHAN
600gm sotong | potong kecil
2 biji telur
1 labu bawang besar/holland | hiris
2cm halia | hiris halus memanjang
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 tankai serai| titik
1/2 -1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili besar

PROSES MASAK
Tumiskan bawang besar halia dan serai, biarkan seketika.Masukkan pula bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.Selepas itu masukkan serbuk kunyit dan sedikit gula.Kacau rata.

Masukkan air dan biarkan mendidih.Kemudian barulah masukkan sotong.Kacau rata dan tutup kuali dalam masa 2-3 minit sahaja.(jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan liat)

Masukkan garam, sebatikan dan kacau rata.Kemudian pecahkan telur.Kacau sebenta sekadarnya. Taburkan lebihan hirisan bawang besar/cili merah.Tutup api.

No comments:

Post a Comment