APA ITU KUZI?
Kuzi
adalah sejenis hidangan eksotik yang berasal dari Kelantan dan biasanya dimasak
bersama ayam, kambing dan lembu dan dimakan bersama roti, roti jala atau nasi
briyani/minyak. Kuzi sering dihidangkan di majlis-majlis tertentu seperti
perkahwinan (khusus untuk makan adab bagi pengantin) juga sebagai hidangan
spesial semasa Hari Raya atau majlis-majlis keraian tertentu bagi mereka yang
tahu menyediakannya. Lazimnya bila ada Kuzi majlis akan menjadi Gah!
Bukan
semua orang pernah berpeluang merasai keenakan Kuzi ini kerana ia sukar
didapati dan jarang dipromosikan, tidak seperti makanan Kelantan yang lain
seperti Tomyam, Nasi Kukus, Kerabu atau Berlauk. Resepinya adalah amat unik dan
penyediaannya juga sedikit rumit. Bagi mereka yang pernah merasainya pasti akan
terliur tatkala disebut mengenai hidangan eksotik ini.
RESEPI KUZI
KAMBING
BAHAN BAHAN
1 kg
daging kambing, potong kiub besar2, cuci dan toskan*
2 camca
besar rempah kari daging*
1 camca
besar rempah kurma*
1 inci
halia, tumbuk halus*
3 ulas
bawang putih, tumbuk halus*
2 biji
tomato, dipotong kiub
1 cawam
yogurt perisa asli
1/2 camca
besar gula melaka
1/2 cawan
kismis
2 biji
cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji
cili hijau, belah2 setiap 1
1 biji
bawang besar, belah 4
1 cawan
sos tomato
Air
secukupnya
Garam
secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR
5 biji
bawang merah
3 ulas
bawang putih
1 inci
halia
15 tangkai
cili kering, dibuang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan
PROSES PENYEDIAAN
Semua *
gaul rata dan perap sejam
Panaskan
minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan
kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar
hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar
mendidih
Tambah
tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt dan gula melaka, kacau
rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah. Kacau dan
biar hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika
ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi.
No comments:
Post a Comment