KACANG
Kacang adalah perkataan yang biasa digunakan bagi
biji yang besar, kering dan berminyak atau buah bagi sesetengah tumbuhan.
Walaupun pelbagai jenis biji-bijian dan buah-buahan dipanggil kacang, cuma
sejumlah kecil dikira sebagai kacang sebenar oleh ahli biologi. Kacang
merupakan sumber zat makanan yang penting bagi manusia dan juga hidupan liar
Sebiji kacang adalah sejenis biji. Kacang adalah
biji dan buah, dan tidak boleh dipisahkan. Biji benih datang daripada buah, dan
boleh dikeluarkan daripada buah, contohnya badam, gajus dan walnut yang perlu
dikeluarkan daripada buahnya. Kacang pistasio yang dikenali sebagai sejenis
kacang untuk masakan, tidak dikira sebagai sejenis kacang dari segi biologi.
RESEPI KACANG BAKAR
BAHAN BAHAN
1 kg kacang tanah
2 labu bawang putih
– ditumbuk kasar
Garam
Minyak
PROSES PENYEDIAAN
Kacang direndam
dengan air panas yang dicampurkan dengan garam dan peram rendam paling elok 1
malam dan paling cepat 1 jam
Kupas kulit kacang
hingga bersih, basuh dan toskan. Goreng dengan api perlahan, apabila sudah
kekuningan, masukkan bawang putih. Goreng hingga kacang dan bawang putih
menjadi kuning dan rangup.
Taburkan sedikit
garam dan kacau rata sebelum diangkat dan ditoskan minyak.) Bakar selama 20-25
minit atau hingga kekuningan. Sejukkan diatas redai sebelum disimpan di dalam
bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment