Friday, December 08, 2017

RESEPI KERANG GORENG


Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.
BAHAN BAHAN
  • 2kg kerang cuci bersih
  • 5 ulas bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 2 inci halia dihiris
  • 3 batang serai diketuk
  • garam 

PROSES PENYEDIAAN
  • panaskan secawan minyak.masukkan bahan hiris dan serai.tumiskan hingga kekuningan.
  • Masukkan kerang.. kecilkan api.. tutup kuali dengan tutup periuk sekejap.. supaya kerang masak sekata.
  • Masukkan garam dan aji secukup rasa..bila kerang dah masak.. angkat.. Sedia untuk dihidang..



No comments:

Post a Comment