Friday, December 08, 2017

RESEPI DAGING KURMA

DAGING LEMBU
Daging lembu (Bahasa Inggeris: beef) adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan daging ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Sebagai contoh, daging batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga bahagian ini banyak diperdagangkan. Tetapi, di negara Asia lain, daging ini banyak digunakan untuk makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang.

Selain itu, terdapat beberapa bahagian daging lembu lain seperti lidah, hati, perut dan punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.


DAGING LEMBU MASAK KURMA


BAHAN BAHAN
400 gm daging lembupotong nipis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
8 biji bunga cengkeh
4 biji buah pelaga
2 sudu cili kisar
4 sudu rempah kerutuk (jadikan pes)
500 gm santan
1 peket kerisik
sedikit gula melaka
kicap secukupnya
garam 
1 labu bawang besar potong bulat
1 biji tomato belah empat

BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar dan selepas itu masukkan pula bunga lawang.. kayu manis, bunga cengkeh dan pelaga dan diikuti cili kisar dan rempah kerutuk.. tumiskan hingga naik bau..

Masukkan daging.masak hingga daging lembut..
bila daging dah lembut masukkan santan.. kicap.. kerisik dan gula melaka.

rasa garam dan aji.. bila dah ok masukkan bawang besar. Siap


No comments:

Post a Comment