Sunday, December 03, 2017

RESEPI MEE UDANG

MI/MEE
Mi atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina "" kerana makanan ini juga berasal dari China.

RESEPI MEE UDANG
SEKADAR HIASAN

BAHAN BAHAN
1 kg mee kuning
300 gm udang kuning besar
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar petis
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Sawi, taugeh, daun bawang, bawang goreng
Gula , garam

BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1/2 inci halia

PROSES PENYEDIAAN
Rebus udang hingga masak. Tapis dan keluarkan udang dan asingkan.

Tumis cili kisar hingga garing dan masukka bahan yg telah dikisar. Biarkan hingga pecah minyak dan garing.

Masukkan air rebusan udang biar hingga kuah mendidih & masukkan sos tomato, sos cili. Masukkan garam & gula

Celur mee, sawi dan taugeh. Susun udang di atas mee semasa hidang dan curahkan kuah. Hiaskan dgn bawang goreng & daun bawang.

No comments:

Post a Comment