Ikan
Kerapu Pisang atau juga dikenali sebagai Ikan Kerapu Sunuh (nama saintifik
Plectropomus maculatus) merupakan sejenis ikan air masin. Ia terdapat dalam
aturan Perciformes keluarga Serranidae.
Ikan
Kerapu Pinang merupakan spesis ikan kerapu yang biasa ditemui diperairan
Malaysia. Ianya juga pernah menjadi salah satu spesis popular untuk ternakan
pada awal tahun 1990-an yang lalu sebelum digantikan dengan spesis-spesis
baharu dan lebih tinggi nilai pasarannya dalam industri ternakan marin. Pada masa
yang lalu, ianya dianggap satu spesis pilihan yang lebih baik berbanding ikan
Kerapu Botol.
1 ekor
ikan kerapu berat 500gm - siang dan dikelar
1 biji
bawang besar - didadu kecil
2 ulas
bawang putih - dicincang halus
1 batang
serai - dihiris nipis
5 biji
cili api - dipotong kecil
11/2 inci
halia muda - dimayang halus
1/2 batang
lobak merah - dihiris halus memanjang
1 biji
tomato - didadu kecil
5 biji
limau kasturi - diambil jusnya
1 sk
serbuk pasti sedap knorr
1 sk madu
garam
secukup rasa
PROSES MASAK
Didihkan
air dalam kukusan. Dalam mangkuk satukan bawang besar, bawang putih, serai,
cili api, halia muda, jus limau kasturi, serbuk pasti sedap knorr dan madu.
Gaul sebati. Ketepikan.
Lumurkan
garam pada ikan secara merata. Letakkan ikan dalam pinggan tahan panas dan
curahkan bahan-bahan perapan secara merata. Tabur hirisan lobak merah dan
tomato yang didadu tadi.
Masukkan
ikan dalam kukusan dan kukus lebih kurang 15 hingga 30 minit atau sehingga ikan
masak. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment