Wednesday, December 06, 2017

MASAK LEMAK UDANG REBUNG

UDANG
Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

  MASAK LEMAK UDANG REBUNG

BAHAN BAHAN
400g rebung
300g udang basah
5ulas bawang merah
3ulas bawang putih 
20 biji cili padi
1" kunyit hidup
1/2" halia
sebatang serai dititik
sebijik kelapa diperah santannya
garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan rebung kemudian rebus sekejap angkat dan toskan terlebih dahulu kemudian ketepikan

Perah santan ambil patinya. tumbuk bawang merah+bawang putih+halia+kunyit+cili padi hingga lumat

Masukkan ke dalam pati santan tadi. masak dengan api sederhana dan kacau selalu supaya santan tidak pecah. apabila sudah mendidih 

Masukkan rebung dan udang kemudian kacau lagi sesuaikan rasa masinnya angkat dan bolehlah dihidang


No comments:

Post a Comment