SAMBAL
Sambal ialah sos
yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan
bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu
hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal
yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
RESEPI SAMBAL KENTANG
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
3-4 biji kentang -
kupas, cuci & potong memanjang
1/2 biji bawang
besar - potong bulat
6 s/b cili kisar
1 genggan ikan
bilis - cuci & toskan
1 keping asam
Minyak
Garam
Gula
BAHAN KISAR
4 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
PROSES PENYEDIAAN
Kisar bahan bahan
kisar. Setelah minyak panas, goreng kentang hingga kekuningan. Ketepikan.
Goreng pula ikan bilis
hingga garing. Ketepikan. Tumis cili kisar hingga masak dgn api sederhana.
Masukkan bawang
besar, asam, garam dan gula. Kacau
seketika.
Akhir sekali
masukkan pula kentang dan ikan bilis yg telah digoreng tadi.
No comments:
Post a Comment