Friday, December 08, 2017

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

SAMBAL
Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.


Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
RESEPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

BAHAN BAHAN
4 genggam ikan bilis mata biru
4 batang serai dititik
10 sudu tempoyak
4 helai daun kunyit dihiris halus
garam & aji
gula

BAHAN DITUMBUK
20 biji atau lebih cili api merah
2 biji cili merah besar
4 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN
tumbuk bahan bahan yang telah disediakan utk ditumbuk

panaskan 1 cawan minyak.goreng ikan bilis hingga agak layu sahaja dan selepas tu masukkan bahan yang telah ditumbuk.tumiskan hingga kekuningan

Masukkan pula serai dan tempoyak dan sedikit air dan diikuti garam dan gula secukup rasa.kalau nak guna hajinomoto terpulang

Akhir sekali masukkan daun kunyit.Sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment