Monday, December 04, 2017

RESEPI UDANG RANGUP

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.

Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI UDANG RANGUP
BAHAN BAHAN
20 - 30 ekor udang
80 gram tepung gandum
100 ml air
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.

Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.

Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering. Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung. Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.

Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.


No comments:

Post a Comment