Friday, December 08, 2017

DAGING TETEL MASAK ASAM PEDAS

DAGING LEMBU
Daging lembu (Bahasa Inggeris: beef) adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan daging ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Sebagai contoh, daging batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga bahagian ini banyak diperdagangkan. Tetapi, di negara Asia lain, daging ini banyak digunakan untuk makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang.

Selain itu, terdapat beberapa bahagian daging lembu lain seperti lidah, hati, perut dan punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.


DAGING TETEL MASAK ASAM PEDAS

BAHAN BAHAN
1kg daging tetel potong kecil
3 batang serai diketuk
1 cawan cili kisar
1 ikat daun kesum
4 helai daun limau purut
2 biji tomato dibelah 4
3 keping asam keping
garam 

BAHAN TUMBUK
7 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 inci halia6
sedikit lengkuas
sedikit belacan

PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik harum selepas itu masukkan serai dan cili kisar.tumiskan lagi hingga naik minyak..

Masukkan daging masak sekejap selepas tu masukkan kedalam pressure cooker sehingga empuk masak

Bila daging dah lembut bolehlah masukkan garam  secukup rasa.Dan masukan asam keping, daun kesum dan daun limau purut.akhir sekali masukkan tomato.Tutup api dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment