SOSEJ
Sosej ialah produk makanan yang disedia biasanya
diperbuat daripada daging kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah, dan
adakalanya ramaun lain seperti herba, dan biasanya dibungkuskan dalam
selongsong. Pembuatan sosej ialah sejenis teknik pengawetan makanan yang amat
lama.
Mula-mulanya
selongsong ini diperbuat daripada usus haiwan, tetapi kini diperbuat daripada
bahan sintetik. Sesetengah sosej dimasak ketika diproses, dan selongsong ini
boleh ditanggalkan ketika ini. Sosej boleh dipelihara secara pengawetan, pengeringan
dalam udara nyaman, atau salai. Rasa menonjol dalam sesetengah sosej adalah
disebabkan penapaian oleh Lactobacillus ketika mengawet.
RESEPI ROTI SOSEJ / HOTDOG
BAHAN BAHAN
3 sausage - di
celur/rebus sekejap aje
3 roll bun - boleh
gunakan roti hot dog
daun salad
secukupnya
hirisan timun
secukupnya
hirisan tomato
secukup
sedikit butter
untuk sapu dalam roti
sedikit mayonis
untuk drizzle atas hot dog
sedikit chili sos
untuk drizzle atas hot dog
PROSES PENYEDIAAN
Roti roll bun di belah di tengahnya jangan
sampai putus, sapu di tengahnya dengan sedikit butter, kukuskan sekejap aje.
Susunkan daun
salad, tomato dan timun di tengah belahan roti dan letakkan sebatang sausage
yang di celur tadi. Drizzle kan dengan mayonis dan chili sos. Sedia untuk di
makan.
No comments:
Post a Comment