Sunday, December 03, 2017

RESEPI ACAR TIMUN

ACAR
Acar adalah sejenis hidangan Malaysia yang terdiri daripada bahan-bahan yang dijeruk. Sayur-sayuran keras, atau buah-buahan jeruk disatukan menjadi suatu hidangan yang tersendiri. Ada acar yang dimasak, manakala ada acar yang dibuat seperti gaya rojak atau salad. Acar biasanya dijadikan lauk sampingan bagi hidangan nasi, misalnya nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani.

Disebabkan terdapat pelbagai pengaruh masakan kaum di Malaysia, acar sudah berkembang dan meranting mengikut variasi kaum, terdapat pelbagai jenis acar, mengikut selera kaum masing-masing.
 RESEPI ACAR TIMUN


BAHAN BAHAN
1 biji timun - buang biji dan potong 1"
1 biji carrot - buang kulit dan potong 1"
1sb biji sawi
10 biji bawang kecil
5 biji bawang putih -
1 biji cili hijau - buang biji dan potong 1"
1 biji cili merah
Minyak
Sedikit air asam
Garam
2 sb cuka

BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
3 biji bawang  putih
2 sb udang kering

PROSES PENYEDIAAN
Kisar bahan bahan kisar

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga benar benar masak. Masukkan carrot, bawang putih dan bawang kecil. Kacau seketika.

Masukkan pula timun, cili besar dan biji sawi.


Akhir sekali masukkan air asam, cuka dan perasakan dgn garam. Kacau seketika sebelum diangkat.

No comments:

Post a Comment