Monday, December 04, 2017

RESEPI UDANG KICAP BERSOS PEDAS

Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.

RESEPI UDANG KICAP SOS CHILI
BAHAN BAHAN
500 gm udang laut saiz besar disiang dan cuci bersih
10 biji cili api dititik
3 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit lada putih ditumbuk
sedikit kicap masin
sedikit kicap manis
sedikit sos tomato
sedikit sos tiram
sedikit sos cili - sekiranya tidak menggunakan cili api
sedikit serbuk kunyit
secubit garam

PROSES PENYEDIAAN
Lumurkan udang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga kulit udang kemerah-merahan.

Dengan menggunakan minyak gorengan udang tadi (kalau banyak sila kurangkan), tumislah bawang putih dan lada putih hingga naik bau.

Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tomato, sos cili dan sos tiram serba sedikit. Kacau sebati.

Masukkan udang yang telah digoreng tadi, gaul dengan mesra. Biarkan di atas api seketika. Bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment