MASAK LEMAK
Masaklemak ialah
sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam
pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara
iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah
sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini
merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan
dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah
pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam
masakan.
RESEPI IKAN KEMBUNG
MASAK LEMAK
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
2 ekor ikan kembung
- bersih dan toskan
4 biji terung
telunjuk - bersih dan toskan (belah 2)
1/2 biji kelapa -
ambil santanya
2 1/2 cawan air
1 keping asam
Garam
BAHAN KISAR
5 biji cili api
3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit kunyit
hidup
PROSES PENYEDIAAN
Kisar bahan bahan
yang perlu dikisar
Didihkan 1 cawan
air bersama dengan bahan kisar. Baki 1 cawan lagi digunakan untuk memerah
santan.
Masukkan ikan,
garam dan terung. Masak hingga terung lembut / berubah warna.
Masukkan pula
santan, masak hingga mendidih dan kuah agak pekat dgn api perlahan.
No comments:
Post a Comment