Saturday, December 09, 2017

IKAN PATIN MASAK SAMBAL

IKAN PATIN
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi) adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Pangasianodon hypophthalmus berasal dari Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya di mana ikan ini diternak secara besar-besaran untuk dimakan. Ikan ini dijual di pasaran sebagai Ikan Dory, Swai, dan Basa.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan dari pokok di tepi sungai, udang dan bangkai binatang.

Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak.


IKAN PATIN MASAK SAMBAL
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan patin siang dan potong kecil.Goreng garing
air asam jawa
garam 
2 helai daun limau purut dihiris halus..

BAHAN KISAR
3 ulas bawamg merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
segenggam cili api merah
sedikit belacan

PROSES PENYEDIAAN
panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan bahan yang telah dikisar sehingga pecah masak.


Masukkan air asam jawa, garam  secukup rasa selepas tu masukkan pula daun limau purut.tutup api dan masukkan ikan.gaul rata dengan sambal.sedia untuk dihidang..

No comments:

Post a Comment