Monday, December 04, 2017

RESEPI AYAM MASAK PADANG

Masakan Minangkabau atau masakan Padang merujuk kepada makanan orang Minangkabau di Indonesia. Nama Padang diberi kerana kota Padang adalah pusat budaya suku Minangkabau. Masakan Minangkabau adalah di kalangan makanan yang termasyhur di sepanjang kepulauan Melayu. Minangkabau perantauan membuka kedai makan Padang, terutamanya di bandar-bandar besar Indonesia. Salah satu dari rantai kedai makan tradisional paling berjaya di Indonesia telah dimajukan oleh orang Minangkabau.

RESEPI AYAM MASAK PADANG
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam - buangkan kulit dan potong kecil
5 helai daun limau purut
2 batang serai -ketukkan
2 cawan santan
10 biji ciliapi
2 biji tomato – Belah 4
1 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

BAHAN-BAHAN KISAR
15 biji cili api
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras

PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.

Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.

Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan naik minyak dan pekat.

No comments:

Post a Comment