SAYUR BENDI
Bendi, kacang
lendir atau kacang bendir merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran
yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi
yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di
tanam di negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Di Johor sahaja
seluas 390 hektar di tanam pada tahun 2008 iaitu daripada jumlah tersebut
seluas 90 hektar ditanam di daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620
metrik tan setahun.
Bendi banyak
terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia berasal dari
sebuah tempat yang kini termasuk dalam Habsyah. Sebelum ini, bendi dikelaskan
dalam genus Hibiscus, tapi kini telah ditukar kepada Abelmoschus.
RESEPI BENDI GORENG KICAP
BAHAN BAHAN
10 batang bendi -
bersih dan toskan - potong serong
2 biji cili besar
merah - potong serong
1/2 biji bawang
besar - dimayang
2 ulas bawang putih
- dimayang
1 genggam ikan
bilis - bersih dan toskan
2-3 sb kicap masin
Garam
Minyak
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak,
masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
Goreng hingga
kekuningan. Masukkan pula cili besar. Masukkan bendi dan sedikit garam. Masak
dgn api besar.
Masukkan kicap
kacau sebati. Angkat bila bendi sudah berubah warna.
No comments:
Post a Comment