TAUHU
Tauhu adalah makanan yang diperbuat daripada kacang
soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari
Indonesia dan Malaysia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan
yang sama keluarga dengannya seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau,
dan bakso.
Tauhu adalah kata
pinjaman daripada bahasa Hokkien (Hanzi: 豆腐, hanyu pinyin:
doufu) yang secara harfiahnya bermaksud "kacang soya yang
ditapaikan". Tauhu pertama kali muncul di China sejak zaman Dinasti Han
pada sekitar 2,200 tahun yang lalu. Penemunya Liu An (Hanzi: 劉安)
yang merupakan seorang bangsawan, cucu kepada Maharaja Liu Bang, pengasas
Dinasti Han.
RESEPI TAUHU CENDAWAN
SHITAKE
BAHAN BAHAN
1 ketul tahufu
3 cendawan shitake
- hiris nipis
1 mangkuk kecil
brokoli
1 cawan isi ayam -
1/2 cwn dihiris
3 ulas bawang putih
- dicincang
1 kiub ayam
2 biji cili merah -
potong kasar
1 sudu besar tepung
jagung - dibancuh dgn 1/2 cawan air
2 sudu besar minyak
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak,
goreng tauhu yg telah di potong setebal 1/2 inci hingga kekuningan. Angkat dan
ketepikan.
Masukkan pula
bawang putih dan isi ayam, goreng hingga sedikit kekuningan.
Masukkan kiub ayam
yg telah dilarutkan, kacau dan masukkan pula cendawan dan brokoli dan cili
besar.
Kacau sehingga
sayur dan cendawan berubah warna, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau
sentiasa sehingga kuah agak pekat. Hidang ketika panas
No comments:
Post a Comment