Sunday, December 03, 2017

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN NENAS

MASAK LEMAK
Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN NENAS
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
300 gram ikan talang masin  - dipotong nipis
200 gram nanas - potong dadu
1/2 kg santan - gunakan 600ml (400ml santan cair & 200ml santan pekat)
1 batang serai - dititik
serbuk kunyit secukupnya
garam / gula secukup rasa

BAHAN KISAR
10 biji cili padi
1 labu bawang besar

PROSES MASAK
Masukkan santan cair ke dalam periuk, campurkan serai, serbuk kunyit serta semua bahan tumbuk.

Masukkan ikan masin dan kepingan nanas. Didihkan sehingga nanas layu.

Tuangkan santan pekat, garam dan gula. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.

Kuah hendahlah sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.



No comments:

Post a Comment