Tuesday, December 05, 2017

RESEPI KARI DAGING LEMBU BERKRISIK

KARI
Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

KARI DAGING LEMBU BERKRISIK

BAHAN BAHAN
600g daging batang pinang - hiris nipis
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kerisik
2 biji kentang - belah 4
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 pelepah daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 bunga lawang

BAHAN KISAR
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga wangi. Masukkan rempah kari dan daun kari, tumis hingga pecah minyak.

Masukkan daging, gaul hingga keluar air daging. Masak lagi hingga air daging agak kering. Masukkan kentang, santan cair dan santan pekat. Masak hingga daging empuk. Jika kurang kuahnya, boleh tambah air lagi.

Masukkan kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga kuah agak likat. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment