Tuesday, December 05, 2017

RESEPI PARU GORENG SAMBAL

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI PARU GORENG SAMBAL
BAHAN BAHAN
500 gram paru lembu
5 batang cili merah
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit belacan
air asam jawa
garam, gula dan serbuk perasa

PROSES PENYEDIAAN
Paru lembu direndam seketika dengan campuran jus limau kasturi. Cuci bersih, rebus hingga empuk dengan hirisan halia.

Toskan paru lembu tadi dan hiris nipis-nipis ikut suka. Goreng dengan minyak panas tetapi jangan sampai terlalu garing.

Kisarkan cili merah, bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan bersama air asam jawa hingga agak lumat.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Tambahkan dengan garam, gula dan perasa sesedapnya. Kacau lagi.

Masukkan hirisan paru goreng tadi dan kacau sebati. Kalau suka boleh masukkan hirisan bawang besar ketika paru tadi hampir mesra dengan sambalnya.

No comments:

Post a Comment