Saturday, December 09, 2017

RESEPI MEE UDANG

MEE
Mi [atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina "" kerana makanan ini juga berasal dari China.

Catatan pertama mengenai mi dihasilkan ketika Dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M. Pada Oktober 2005, mi tertua yang pernah ditemui telah ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, China. Mi yang berusia 4,000 tahun itu kelihatan diperbuat daripada sekoi ekor musang dan sekoi Proso.

RESEPI MEE UDANG
BAHAN BAHAN
1/2  bungkus mee
300 gm udang
sedikit sawi & kobis

BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu udang kering
13 tangkai cili kering
 2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
garam

PROSES PENYEDIAAN
mee dicelur dan toskan dan udang buang kulit dan rebus kulit udang untuk dapatkan rasa air rebusan

Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau selepas tu masukkan udang, sayuran sawi dan kobis dan air rebusan udang.masukkan semua sos.. masukkan garam


No comments:

Post a Comment